Persidangan Meja Bulat Indonesia-Belanda 1949 (atau dikenali sebagai Konferensi Meja Bundar dalam Bahasa Indonesia dan Nederlands-Indonesische rondetafelconferentie van 1949 dalam Bahasa Belanda) adalah mesyuarat diantara perwakilan Kerajaan Belanda dan Republik Indonesia,dari 23 Ogos hingga 2 November,1949.Persidangan tersebut telah diadakan di The Hague,Belanda.Sebelum itu,terdapat beberapa siri mesyuarat diantara perwakilan tertinggi kedua-dua belah pihak,iaitu Perjanjian Linggadjati (1947),Perjanjian Renville (1948) dan Perjanjian Roem-van Roijen (1949).Persidangan tersebut berakhir dengan Kerajaan Belanda mengiktiraf kemerdekaan Indonesia,dan juga penyerahan hak kedaulatan Kepulauan Hindia Timur Belanda kepada Republik Indonesia.
|
Latarbelakang
Pada 28 Januari 1949,Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersetuju mengeluarkan resolusi mengutuk tindakan ketenteraan Belanda keatas Pasukan Tentera Republik Indonesia,dan mendesak pemulihan semula Kerajaan Republik.Selain daripada itu,mereka juga mendesak agar diadakan semula persidangan untuk menamatkan konflik secara aman.
Selepas pengumuman Perjanjian Roem-van Roijen yang ditandatangani pada 6 Julai 1949,dimana ianya menerima pakai resolusi PBB,Dr.Mohammad Roem (Wakil Indonesia yang menandatangani perjanijan Roem-van Roijen) berkata bahawa pemimpin-pemimpin Republik Indonesia yang tinggal dalam buangan di Bangka,akan menyertai persidangan tersebut untuk mempercepatkan lagi proses penyerahan kedaulatan.
Sejurus kepulangan pemimpin-pemimpin Republik Indonesia ke Jogjakarta pada 6 Julai,pada pertengahan kedua Julai dan dari 31 Julai hingga 2 Ogos,Persidangan Antara Indonesia diadakan diantara kesemua komponen pihak berkuasa Republik Indonesia Syarikat yang akan diisytiharkan kelak,dan kesemua pihak bersetuju dengan prinsip asas dan rangka Perlembagaan.
Setelah perbincangan awal dianjurkan oleh Suruhanjaya PBB bagi Indonesia di Jakarta,lokasi Persidangan tersebut bakal diadakan di The Hague.
Persidangan
Persidangan tersebut bermula secara rasmi pada 23 Ogos,dan ketika persidangan tersebut,kedua-dua belah pihak telah mencapai kata sepakat dalam beberapa isu iaitu Piagam Pemindahan Hak Kedaulatan,Statut Kesatuan,Perjanjian Ekonomi dan Perjanjian dari segi sosial dan juga ketenteraan.
Namun begitu,mereka gagal untuk mencapai kata sepakat mengenai status Papua Barat dan hutang piutang Pentadbiran Kolonial Belanda.
Perbincangan mengenai hutang dalaman dan luaran Pentadbiran Hindia Timur Belanda juga dibincangkan,dan kedua-dua belah pihak memiliki jumlah tersendiri,menyebabkan perbalahan sama ada Republik Indonesia seharusnya bertanggungjawab keatas hutang yang dialami oleh Pihak Belanda selepas mereka menyerah kalah kepada Jepun pada 1942.Namun begitu,apabila PBB dan Suruhanjaya PBB mengenai Indonesia masuk campur untuk menyelesaikan masalah tersebut,Pihak Indonesia bersetuju untuk melangsaikan separuh daripada hutang tersebut,sebagai bayaran untuk pemindahan hak kedaulatan keseluruhan gugusan kepulauan tersebut.Pada 24 Oktober,Delegasi Indonesia bersetuju untuk mengambil alih hutang Kerajaan Hindia Timur Belanda, sekurang-kurangnya berjumlah 4.3 bilion Guilders.
Isu Papua Barat
Sepanjang persidangan tersebut,kedua-dua belah pihak saling berbalahan sama ada patutkah Papua Barat diserap masuk kedalam Republik Indonesia,atau kekal sebagai Wilayah Jajahan Belanda.Indonesia mendakwa Papua Barat adalah sebahagian daripada wilayah Hindia Timur Belanda,manakala Belanda menyangkal dakwaan Indonesia,dengan mengatakan bahawa Papua Barat tidak mempunyai perhubungan etnik dengan mereka.Biarpun pendapat umum Belanda mengatakan bahawa mereka harus menyerahkan Papua Barat kepada Indonesia,namun kerajaan Belanda enggan berkompromi,dengan alasan sekiranya mereka bersetuju dengan dakwaan Indonesia,perjanjian tersebut tidak dapat dimeterai.Akhirnya kedua-dua belah pihak bersepakat untuk mengadakan perbincangan mengenai Papua Barat,setahun selepas selesainya pemindahan hak kedaulatan Hindia Timur Belanda kepada Indonesia.
Namun begitu,Papua Barat masih lagi di bawah penguasaan Belanda,lantas menyebabkan Indonesia berasa tidak puas hati dengan tindakan tersebut.Papua Barat akhirnya digabungkan ke dalam Indonesia melalui Operasi Trikora (singkatan perkataan Tri Komando Rakyat),iaitu penaklukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) keatas Papua Barat pada 1962.
Berakhirnya persidangan & penyerahan hak kedaulatan kepada Indonesia
Persidangan tersebut berakhir dengan rasminya di Bangunan Parlimen Belanda pada 2 November 1949,dan pada 27 Disember 1949,Belanda dengan secara rasminya menyerahkan hak kedaulatan Wilayah Hindia Timur Belanda kepada Kerajaan Indonesia.
Pengiktirafan 1945 sebagai Hari Kemerdekaan Indonesia oleh Kerajaan Belanda
Pada 15 Ogos 1945,Parlimen Belanda secara rasminya mengiktiraf 17 Ogos adalah tarikh Kemerdekaan Rasmi Republik Indonesia.Sebelum itu,mereka hanya mengiktiraf 27 Disember 1949 sebagai tarikh penyerahan kedaulatan setelah tewas dalam konflik berdarah selama empat tahun,sejurus selepas pengisytiharan kemerdekaan Indonesia pada penghujung Perang Dunia Kedua.
Rujukan
- Hasil-Hasil Konperensi Medja Bundar sebagaimana diterima pada Persidangan Umum yang kedua Terlangsung Tangal 2 Nopember 1949 di Ridderzaal di Kota ‘S-Gravenhage (Results of the Round Table Conference as Accepted at the Plenary Session on 2 November 1949 at the Knight’s Hall [Parliament Building] in the Hague) (1949?), Printed/published? by Kolff, Djakarta
- Ide Anak Agung Gde Agung (1973) Twenty Years Indonesian Foreign Policy: 1945-1965 Mouton & Co ISBN 979-8139-06-2
- Kahin, George McTurnan (1952) Nationalism and Revolution in Indonesia Cornell University Press, ISBN 0-8014-9108-8
- Ricklefs, M.C. (1993) A History of Modern Indonesia Since c.1300, 2nd Edition. London: MacMillan, pp. 224–225. ISBN 0-333-57689-6.
- Taylor, Alastair M. (1960) Indonesian Independence and the United Nations. Ithaca, N.Y.: Cornell University Press.
- Sultan_solo
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 03.35
0 comments:
Posting Komentar